Tuesday 29 November 2011

*Pengimbuhan

Pengimbuhan 

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsinya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong kepada tiga jenis, iaitu awalan, akhiran dan apitan .

Contoh imbuhan pada awalan ayat
Awalan
Varian
Contoh perkataan
ke-
ke
kerabat, ketladak, kekasih
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan
memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar.
 Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-
pe-
pewangi, peragut, pesalah

pem-
pemfatwa, pemproses, pemberontak

pen-
pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat

peng-
pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh

penge-
pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom

pel-
pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon
peR-
per
pertapa
juru-
juru-
jurutaip, jururunding, jurubahasa
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)
dwi-
dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)
eka-
ekabahasa, ekakaum, ekafungsi
pasca-(dirujuk kepada `selepas')
pasca-
pascasiswazah
pra-(menunjukkan makna `sebelum')
pra-
prasejarah, prakemerdekaan
swa-menunjukkan maksud `sendiri')
swa-
swalayan, swamodal, swakarya

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhiran
contoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)
seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)
olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)
pragawati, olahragawati
-an
pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitan
contoh perkataan
ke....an
kezaliman, kesenangan
pe...an
peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...an
penyusunan, pengurangan

Latihan 
no
Perkataan
Imbuhan awalan
Imbuhan apitan
Imbuhan akhiran
1
bersyukur



2
awalan



3
kebersihan



4
adilan



5
Gabungan



6
Keadaan



7
Penulisan




8.
Menonton



9.
Bacakan



10
bergabung



11
perhimpunan



12
berjalan



13
cintai



14
memadam



15
balingan



16
sentuhan



17
pemahaman



No comments:

Post a Comment